MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama MPP UNISEL Shah Alam melaksanakan program ini adalah bertujuan untuk:
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam jati diri Mahasiswa dan Mahasiswi India dengan mewujudkan sikap keprihatinan dan bekerjasama serta bertanggungjawab antara Mahasiswa.
- Menimbulkan kesedaran bahawa kita bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf masyarakat terutamanya didalam bidang pendidikan.
- Membentuk para Mahasiswa/ Mahasiswi yang berkualiti dari segi pendidikan, kepimpinan dan peka kepada kemampuan diri.
- Memberi peluang kepada peserta menonjolkan diri daripada pelbagai aspek serta mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi dalam kalangan peserta.
- Peserta dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan diantara peserta yang datang daripada pelbagai kolej dan universiti di seluruh Negeri Selangor.
- Mengeratkan hubungan silaturahim diantara para pelajar India UNISEL.

