OBJEKTIF 


Kepimpinan siswa/i UNISEL kearah kebajikan masyarakat Shah Alam disamping menyatukan perpaduan dalam kalangan siswa/i India UNISEL.

Mengutip dana melalui konsert dan menyalurkan sumbangan tersebut untuk membantu Sekolah Kebangsaan Tamil Midlands di Shah Alam.

Jika kita melihat dari zaman pemerintahan British, keadaan sekolah ini adalah tetap sama tanpa sebarang perubahan dan dengan segala kekurangan.

Oleh itu, kami ingin membantu sekolah ini dan ingin memajukan sekolah ini untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dengan memenuhi keperluan sekolah tersebut dari segi kemudahan.

Memperluaskan konsep kebajikan sebagai keperluan utama.

Membentuk pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran dan kepimpinan, malah peka kepada kebajikan masyarakat dan negara.

Menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa akan perlunya kesedaran kebajikan itu dibentuk untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan masyarakat yang serba kekurangan.

Menyedarkan anak-anak Malaysia bahawa tanggungjawab mereka setelah mereka menjejakan kaki di menara gading, adalah bukan sahaja untuk belajar malahan untuk membantu menaikkan kembali taraf masyarakat.

Mewujudkan kemesraan dan mengeratkan silaturahim antara semua pelajar India di UNISEL.

Make a Free Website with Yola.